Jumaat, 27 Disember 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah Warga SRIES SESI 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH :

Setelah kita bercuti panjang maka pada khamis 2 hb ini kita semua warga SRIES kembali ke sekolah. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan kakitangan serta selamat kembali belajar kepada semua murid.
Kepada semua murid, sesungguhnya belajar adalah tugas anda dan tanggungjawab anda. Sekiranya tugas guru mengajar, tugas ibu bapa anda mencari nafkah (bekerja), maka tugas anda hanyalah belajar. Belajar adalah satu proses untuk melahirkan seorang insan yang terdidik bagi memastikan anda menjadi individu yang mempunyai keseimbangan sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek